Just doing my part..
Bismillahirrahmanirrahim~
Peraturan dan soalannya….
8 Orang Yang Kena Tagged:
Ecah, Didi, Wani Kedah, Wanie vic n anyone who wants to do it.. =)
Selamatkan PALESTINE~
~Bismillahirrahmanirrahim~


[Petikan artikel dari http://ismaweb.net/v2/Article790.html]
“Penyembelihan besar-besaran terbaru di Gaza berlaku selepas tamatnya genjatan senjata yg berlangsung selama 6 bulan sejak 19 Jun 2008. Serangan ini berlaku pada Sabtu 27 Disember 2008, 24 jam selepas lawatan menteri luar Israel, Tzipi Livni ke Kaherah, Mesir dalam pertemuannya dengan Presiden dan pegawai atasan Mesir. Dalam ucapan rasminya di hadapan media, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan HAMAS. Di situlah pengisytiharaan perang berlaku.
24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza. Pada Sabtu 27 Disember, tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara dan memobilisasikan tentera daratnya beserta kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Tidak cukup dengan itu, negara pengganas itu telah mengerahkan 6,500 tentera simpanannya untuk bersiap sedia di sempadan Gaza. Serangan udara tersebut dimulakan pada tengah hari Sabtu, sebaik sahaja waktu anak-anak pulang dari sekolah. Sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lagi 1650 orang; bahkan mereka membunuh 150 orang dalam masa kurang dari setengah jam. Ini adalah serangan udara paling berdarah yang pernah dilancarkan dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Antara yang terbunuh dan cedera bukanlah semata-mata pejuang-pejuang dan pasukan keselamatan Palestin, bahkan rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, serta bayi berusia 14 bulan. Antara yang terbunuh juga adalah Tawfik Jabr, komander polis Palestin serta Ahmed Ashur, gabenor daerah tengah Gaza. Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”
Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa. Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan. Pihak hospital menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan Israel untuk menghentikan serangan serta penggunaan senjata haramnya.
Dalam masa 2 hari, Israel telah menjatuhkan lebih 100 tan peluru berpandu menggunakan pesawat F-16. Mereka telah membedil pusat-pusat keselamatan HAMAS, kawasan kediaman umum di seluruh Gaza, ibupejabat stesen televisyen Al-Aqsa TV, kabel-kabel elektrik, bengkel-bengkel dan kilang-kilang. Israel berjaya meranapkan 40 terowong rahsia yang digunakan rakyat Gaza untuk membawa masuk bekalan keperluan harian serta senjata. Pesawat Israel turut menghancurkan sebuah masjid di Gaza City berhampiran Hospital Shifa’, di mana ketika itu ramai ahli keluarga pesakit sedang berlindung. Bahkan Hospital Shifa’ turut mengalami banyak kerosakan material. Tentera Israel turut mengebom Universiti Islam Gaza serta bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi kubu kuat HAMAS. Israel juga mengebom sebuah pelabuhan perikanan untuk melumpuhkan salah satu sumber rezeki utama Gaza. Sebagai penghinaan tambahan, Israel juga mengebom sebuah penjara di Gaza, menyebabkan ramai penjenayah-penjenayah melarikan diri dari pusat tahanan tersebut.
Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.”
♦ • ♦
SUARA IKHWANUL MUSLIMIN
sambungannya pada web ini http://halaqah-online.com/v2/
p/s : Sama2 tingkatkan dlm berdoa (Qunut Nazilah)..Smg kemenangan milik ISLAM …Ihzimhum, fansurna ‘alal qaumil kafirin,YA ALLAH.
Result of Stress??
Bismillah, dgn menyebut nama-Mu Ya Allah..
Finally, the result for sem I 08/09 is now released. After i saw my result, i feel so ……. stress, unhappy, disappointed n all the negative feelings. My pointer is dropping every semester and i’m not satisfied with that. I realize that i have to stop working. The situation is just getting worse because i can’t balance between work and study. This is really stressful. I know other friends of mine got better results than me. Some even managed to get Dean’s List. It just add extra sickness in my heart. Not that i’m jealous or anything. I know they deserve it. They work double hard than me. So, .. what else can i do. Be grateful with what I’ve got. At least, i’ve passed all the subjects. I still got 3 point something. ALHAMDULILLAH.. Praise be to Allah for giving me what He knows is best for me, as His servant. I should always be thankful to Him. Forgive me, Ya Allah if i ever forgot to thank You. You give and forgive, but i, as a normal human get and forget.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim:7)
♥ happy : my 1st time visit to CENFOS Nilai + spend my free time with my beloved ukhti fillah Maya, Sofi, Yusra, Fatimah Muhd + usrah with juniors + my bank islam’s atm card can be used again.♥ 
Benarkah cintamu itu?
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Kau kata kau bercinta..
namun cintamu atas dasar apa?
wajahnya? tingkah lakunya?
popularitinya? kelembutannya?
Pernahkah kau bertanya..
sedalam mana cintamu itu..
kepada Allah yg Maha Esa..
kepada Rasulullah s.a.w..
kepada Al-Qur’an.. kepada Al-Hadith..
Pernahkah kau bertanya..
bagaimana daku mahu bercinta dgn Allah?
bagaimana mahu bercinta dgn para kekasih Allah?
Setinggi mana nilai cintamu?
cintamu yg mana yg kau agung-agungkan?
selami hatimu.. tanyalah ruhmu.. intailah jiwamu..
Benarkah cintamu itu..??
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
[nukilan Azri Al Aziz yg ingin kutujukan buat seseorg & dlm masa yg sama peringatan utk diriku sendiri yg begitu lemah dlm menepis cinta yg diberi]..
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Apa rahsia Cinta Sejati?
Agama dijunjung
Syariat disanjung
Pasaknya iman
Ketetapan hanya pada Tuhan Rabbul Izzati
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Ya Allah, kubuka lembaran catatanku ini dlm perjalanan mencari cinta & redha-Mu. Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala Kau tiada di hatiku. Telah kujatuh tersungkur ke lembah hina bila hatiku jauh dari-Mu. Telah ku terapung di langit kecewa bila hilang nama-Mu dari jiwaku. Maka sehinanya sifat kehambaanku ini, restuilah perjalananku ini agar tak sesat di penjara waktu. Ya Allah, tiada serinya hidupku ini meskipun melimpah kasih insani sedang tiada pula kasih-Mu di hatiku. Maka restui & rahmatilah perjalanan diriku ini dlm m’cari jln pulang kpd-Mu dgn cinta yg suci & abadi.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
~ME: somehow scared yet feeling happy in an unjustified way..~
Falling sick..
As usual, starting with bismillah, in the name of Allah..
dunno why..
maybe i’m working too hard..
maybe because there was a function yesterday for 410 ppl..
i’m skipping 2 classes today..
just sleeping in my room..
then, come to lab because i was told there will be an exam..
fortunately, it’s so simple n i got to leave early..
that’s why i’m here updating my blog..
eventhough my head is aching right now..
after this, got a UNGS class..
then, have to work for 2 hours at least because Aniq wants to go to d bank..
9.15pm–> have a meeting for remembrance of Al-Quds programme..
so, i have to be strong..
“Ya Allah, kumohon bantuan-Mu.. pinjamkan hamba-Mu kekuatan. Sihatkanlah fizikal & mentalku krn sesungguhnya hanya Engkau satu2nya Zat Penguasa. Amin.”
~My SwEeT 21~
Bismillah.. ok, i know its already a week after my birthday.. but i still want to story coz i feel that this year’s b’day is such a memorable one for me.. lots of wishes on sms and friendster, many presents than last year etc..
***********************************
The 1st person who had wished me on sms was liyana even though her msg was so simple.. but she’s always been one of the 1st to wish me on my b’day.. like last year, she came to my room with a present.. i’m so grateful to have such a thoughtful friend.. anyway, after that all my roommates (opie, krun, khairiyah) surprised me by coming to my room with a big cute pillow that has the word “so naughty” on it.. they wished me happy birthday & also give me such a sweet card.. yeah, a pink card from Memory Lane i supposed.. i was so deeply touched + embarrassed at the same time, i almost felt like crying..but i managed to hold my tears coz this is supposed to be a happy moment for me right? huhu.. hurm, thus i’ve got 2 pillows for my b’day this year.. i felt like they want to encouraged me to sleep more after this..haha..
By the way, i thought that not so many people would remember my b’day.. but when i came to class, diana wished me & also gave me a small box that contains cover for handphone.. (i dont know what its called)..it’s in yellow & blue which are my favourite color.. then, nadiah surprised me by singing a b’day song.. i didn’t expect her to know my b’day.. so after that, all my classmates who were there also wished me.. i just smile & say thank you.. nadiah asked me to buy them a cake from secret recipe.. unfortunately, i dont have that much money.. o_O
when maisa came into the class with najat, they also wished me.. maisa gave me a cute schedule planner.. maybe she knows that i need to organize my life.. with study, work & other things that always come in my way.. i’m so thankful with such a gift eventhough she said thats all that she can afford.. but, the present is not important.. what is important to me is the thoughts.. having a lot of friends who are so nice & caring makes me feel blessed.. thank u Allah for giving me such a wonderful & loving friends.. (“,)
At the evening, i went to work like usual.. Aniq didn’t knew it was my b’day & i didn’t think its important to tell him.. at one time when i want to ask something to Abg Zaki & azrul, i saw one familiar face.. it turns out that Ateh came to cafe.. i was so happy to see him coz i thought i never had a chance to see him anymore.. he came at the right day.. :p i asked him to buy me an ice cream & he accepted my request.. he said that he would buy me anything i want on that day.. yayy! haha.. so, i’ve got free ice cream..got to bid him farewell before he went to Johor to work.. it was the other way around with Mirul.. how could he went to UPM on my b’day?! ok, at least he remembered to wish me & he already told me abt going to UPM on that day.. but, i still feel sad.. feels like losing so many important person in my life.. Nureen, Ateh, Mirul.. all of them had gone to where they should be.. my heart feels so empty when i worked at the cafe now.. missing the old times so much..
Enough with that terrible feeling.. i still had some happiness after that when liyana came to cafe with a box of secret recipe cake.. at first she sms me to ask what cake do i like.. so i said cheese cake.. she really bought it for me! that’s so amazing coz i had dream abt that the night before.. didnt expect it to come true.. it makes my b’day feels so special.. thank u my dear friend.. really appreciate it~
ok, so that’s pretty much the story of what happened on my birthday.. i want to share some of the sms that i’ve got on that happy day:~
“Little keys can open big locks, simple words can express great thoughts.. Hope my simple wish can make yr day lovely. Happy Birthday!” .:Che Pin:.
“Hari ini hari lahirmu, hari ini b’tambah lagi usiamu, hari ini akan b’tambah jua tanggungjawabmu, hari ini akan m’jadikan dirimu lbh matang dek ujian yg akan m’dtg.. Hari ini akan m’jadi saksi ketabahan dirimu m’harung onak & duri. hari ini Allah akan memendekkan lagi jarakmu dgnNya. Semakin b’kurang tempoh b’amal, smakin kubur m’persiap tempat utkmu, smakin b’sedia malaikat maut dtg m’jemput, smakin dkt masa amalan dihitung & smakin hampir haruman firdausi atau azabnya jahannam.. Hepy Beday..=)” .:Syaz:.
yeah, i’m getting old now but my good deeds are so little.. pls Ya Allah, i want to end in khusnul khatimah.. Erm, thank you to all who pray for my happiness, success & blessness from Allah.. moga kita saling m’doakan insyaAllah..
p/s: special thanks to diana who give me the opportunity to update my blog.. >.< may Allah repay for yr kindness!~
Hari2 yg berlalu di Kuantan..
Dgn nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..~
Atas desakan seseorang, akhirnya memaksa jugak diri ni m’update blog ni..haha
Sebenarnya, hari tu byk je benda yg nak dikisahkan.. tapi, asyik menunda & bertangguh sampaila ke hari ni..
Ok, nak story sket apa yg t’jadi semenjak balik ke kuantan..~
20/06/08, Friday
sampai di terminal dlm pukul 2pm.. call Pak Teh utk blk uia, tp x b’jawab.. so call Pak Harun walaupun x pernah guna p’khidmatan die.. Nak buat camne.. ramai bdk uia x balik lagi.. naik teksi mahal bangat.. anyway, Pak Harun jawab panggilan & suruh tunggu kat dpn 7-11.. sblm menapak ke sana, Zahirah tegur.. rupenye die pun baru smpai & jadi committee ta’aruf nanti.. so, lega sket ade kwn.. at least, dpt kongsi bayar duit tambang ke uia.. pendekkan cite, naik teksi yg Pak Harun cakap tu.. bila sampai uia, tanya harga.. macam nak kena heart attack bila die kate RM13.. sbb Zah kate Pak Harun biasa charge RM8.. rupenye die charge ikut harga teksi tapi disbbkan harga minyak naik, b’tambah RM1.. mmg rasa serik nak naik dah..
Then, gi amik kunci kat mahallah office.. sampai bilik, someone called me from mahallah office.. ingatkan nape, rupenye offer nak jadi part time staff coz ade sorg student tarik diri last minute.. dilema jugakla mase tu.. tapi disbbkan tawaran jadi committee ta’aruf yg dtg dulu, so dahulukan ape yg dtg first..
21/06/08, Saturday
1st day induction course.. macam agak bosanla.. byk discussion ttg kerja.. i’ve got to be in catering bureau.. byk kerja dah di’settle’kan oleh steering committee iaitu Bro Malek & kak Mas.. so kejap je habis discussion.. patutnya induction sampai mlm, tapi sbb cam xde benda je, dorg cancel sesi mlm tu which is presentation..
22/06/08, Sunday
Hari berjln2 di Kuantan.. yayy! ^_~ patutnye ade induction course, tapi memandangkan hari ni 1 uia x de letrik coz pemasangan SCADA amende tah, so ditangguhkan ke hari isnin.. memule plan nak jumpe Waniey (my beloved penpal) kat terminal.. dari sane, baru die bawak jln2.. skali tunggu bas dgn Zah ntah brape lame, x sampai2 gak.. bagitau Waniey, then die yg baik hati ni pon dtg amik kitorg kat uia.. hehe.. dala die tak pernah sampai uia.. takut gak die sesat.. tapi akhirnya, berjaya menaiki kereta kenari hitam Waniey & menuju ke East Coast Mall yg x pernah dijejaki sblm ni..
sampai ke ECM, jln2 kat area Carrefour je.. ade 3 tingkat kalau x silap.. x gi pon ke area Parkson.. byk jugak kedai kat sini.. sume nampak mcm exklusif je.. nak masuk pon takut..huhu.. teman Waniey shopping kat Carrefour.. sambil jln, smbil borak.. mcm2 yg diborakkan pasal family, our life & so on.. sy just beli muffin je.. pastu, gi kedai yg ade jual byk komik.. Waniey yg minat bace komik pon rekemenla some comic yg best.. kagum je tgk byk komik kat situ.. habis shopping situ, Waniey ajak gi Living Cabin utk beli hadiah b’day.. so kat sini, die mintak sy pilih 1 thing yg sy suka.. so i pick 1 love pillow yg sederhana besar as my b’day present while she pick 1 jam yg ade Doraemon as a theme as her b’day present.. hadiah sy lagi mahal dari hadiah die.. hihi >.<
After that, we went to Pantai Teluk Cempedak.. dah lame rase x tgk laut.. tak ramai sgt org than the last time i went there.. tangkap gambar sbg kenangan.. jumpa k. Asma’ & the geng kat sini.. diorg dtg study kat coz uia xde letrik.. oh ye.. lupe nak story.. sepanjang p’jalanan ke TC, Waniey tunjukla rumah Tengku Mahkota Pahang & sume2 yg sy x pernah tau pon sblm ni..
The last place that we went was Tanjung Lumpur.. dtg mkn tgh hari la kirenye kat gerai paksu & maksu.. ramai gak org mkn situ.. Waniey kate kalau ptg2, sampai xde parking.. mkn nasi dagang yg diletak atas daun pisang.. minum ice bended mango.. desert keropok lekor & some kuih-muih..
Finally, we went back to uia.. hati rasa lapang & bahagia.. Waniey beria-ia ajak sy dgn Zah dtg rumah dia.. i said i will, insyaAllah..
hope that our relationship will be blessed by Allah..
Hari2 kemudiannya dipenuhi dgn preparation utk taaruf program & kerja di cafe yg mls nak diceritakan kat sini..huhu.. i’ll story some other time..
A day full of memories..
Bismillah sebagai pembuka kata.. Atas permintaan sahabat2 yg dikasihi, sy memaksa diri utk menaip di sini..haha.. sindrom kemalasan mmg tak pernah lari dari hidup ni.. walaupun kalau diikutkan dah byk program yg disertai & byk pengalaman yg ingin dikongsi, tapi segalanya hanya t’simpan dlm memori..~
Hari ni, tuesday, 17th of June adalah hari perpisahan dgn salah seorg sahabat yg t’baik yg sy ada.. bknlah b’pisah utk selama-lamanya tp p’pisahan sementara demi menuntut ilmu & meneruskan p’juangan di bumi Australia.. kami (me+ myra+ ateng+ nu+ pijah+ sofi+ maya) b’tolak ke KLIA dlm pukul 3 ptg.. sampai di sana dlm pukul 5 ptg.. Afrah +family + relatives tak sampai lagi disebabkan traffic jam.. so, pergi solat asar dulu & mkn2.. nak dijadikan cerita, there’s something happen during that time.. kejadian ni membawa kami ke balai polis kat situ.. unfortunately, i cannot share what had happened, but what i can say is ukhuwah kami mmg t’uji di saat ni..~
sambung cite pasal Afrah.. her flight was at 8pm.. sempatla borak2 sikit & tangkap gambar sbg kenangan.. time ni mcm happy2 je.. i don’t cry at all.. only laugh & smile.. b’salam-salaman & b’tukar wasiat t’akhir(cheywah :p) sblm b’pisah.. then, waving at her until her gaze had disappeared.. why don’t i feel sad at all? mcm tak normal plak bile difikirkan balik.. huhu.. but now, when i’m thinking abt her, i already missed her presence.. entahla bile plak dapat jumpe balik.. terkilan jugak tak sempat beli present utk dia.. tula, sape suruh asyik b’tangguh.. sifat b’tangguh sememangnya adalah pencuri masa.. nak beli present sejak dia kawen lagi tapi sampai dia dah fly ke oz pun tak beli2.. ‘afwan ya sodiqati..~ *.*
Hurm, lama jugak hang out kat KLIA.. sempat tawaf level yg ada balai pelepasan tu 2-3 kali.. semua sbb Maya yg nak mkn ais krim sedap..hehe..^_^ but, in the end, impian tak t’capai jugak.. kesian..(note 2 maya: tp dpt mkn sundae,kira oraitla kn? *wink*) ~
Time pijah ambil alih tugas sebagai driver, byk jugak perkara lawak yg t’jadi.. antara yg plg segar di ingatan bila sampai tol.. pijah touch card, sekali terlepas dari tgn, jatuh atas jln.. lame betul nak amik balik kad tu.. nasib baik takde kete kat belakang.. kate pijah: “tetibe tgn ni terase lembut pas dah touch card tu..” myra kate: “pijah ni mmg touch & let go la“.. apepun, mmg byk kisah pasal tol touch & go ni.. tapi malas nak kongsi semua..:D
Penutup mlm ni adalah muhasabah ttg p’sahabatan yg t’jalin sejak sekolah menengah.. betapa pentingnya kepercayaan dlm sesuatu hubungan.. & no backbiting! when u want to clarify something, just ask in a good manner because it could affect your relationship after that..(did i say it correctly coz i’m getting sleepy..~.~). Anyway, what i learned today is: bila ada something bad happened, hadapi ia dgn tenang & penuh keberanian (mcm ateng).. seriously, if i was at her place, i would cry so badly.. i really salute her behavior apetah lagi when she mentioned that it is the first time something like that happened to her.. i really don’t have that courage yet..~
OK, whatever it is, wish Afrah all the best in Australia.. bittaufiq wan najah ya ukht al-’azizah! hope that we would always stay in touch.. ukhuwah fillah abadan abada, insyaAllah~
P/s: thanx untuk kenangan yg tak dpt dilupakan ni, my dear friends.. (“,) will miss all of u when i’m back to ktn..
UnTUk AfRAH tErSaYAnG,,
Buah manggis & kaitannya dgn Islam..(“,)
Kerana Dia aku di sini..
bosan..
sakit hati..
sedih..
marah..
sy benci kamu..
u have hurt my feeling..
kata2 yg terpendam & x dpt diluahkan pd seseorg..
namun ada sesuatu yg memujuk diri..
Jazakallah utk Akh yg secara x langsung mendidik diri ini dgn peringatan yg sgt memujuk hati tatkala bebanan perasaan ni terasa x tertahan..
Hidup yg pedih ni kadangkala membuatkan sy rasa menyesal dihidupkan.. walaupun sy sedar ujian yg sy terima masih kecil jika dibandingkan dgn para wali Allah & salafus soleh..
Jadi, bila menerima peringatan bahawa kerana Allah, sy hidup di dunia..kerana Dia yg Maha Pengasih, sy bisa hidup dgn bermacam nikmat yg ada..kerana kasihnya Dia pada sy, diturunkan ujian utk menguatkan iman & taqwa..hanya saja insan selemah sy sering terlupa akan hakikat ini..
Oleh itu, kupohon pada-Mu:
“Ya ALLAH, jadikanlah aku redha menerima segala ketentuanMU sehingga aku memahami bahawa segala yang telah Engkau tetapkan adalah yang terbaik untukku dan agamaku, Amin Ya Rabbal ‘Alamin..”
Hidayah itu datang dari-Mu Ya Allah..tetapkanlah hatiku dalam keimanan yg teguh..
Biarlah tiada ‘dia’ dlm hidupku, asalkan Engkau x meninggalkan daku biar pun sedetik..
~unstable mood (dunno for how long..)






