Just doing my part..

Thursday, January 8, 2009 at 9:50 am01 (Uncategorized) (, )

Bismillahirrahmanirrahim~

Peraturan dan soalannya….

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz. (Those that are tagged cannot refuse.)
C) Continue this game by tagging 8 other people.

1.What have you been doing recently?
doing assigment for analytical methods..(haha..mcm rajin la plak =p)
2.Do you ever turn your cell phone off?
yup, at petrol station (jaga keselamatan =p)
3.What happened at 10am today?
bersiap nak gi kelas food biotech =)
4.When did you last cry?
erm..couldn’t remember.. maybe at home during holiday b4 masuk sem baru kot
5.Believe in fate/destiny?
believe in qada’ n qadar.. is it the same?
6.What do you want in your life now?
basically cukup dgn ape yg ade.. nk jd hamba-Nya yg b’syukur
7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
redah sajela.. best gak main hujan..huhu (sbenarnye, payung tah ke mane =p)
8.What’s your favourite thing to do on the bed?
reading anything.. novel, text book etc..n also  sleeping =p
9.What is ur favourite clothes?
nothing  specific..anything yg menutup aurat
10.What’s the nicest things in your inbox?
e-mail from ukhti fillah =)
11.Do you tend to make the relationship complicated?
sort of.. haha
12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
I dont think so..
13.What was the last movie you caught?
‘Baby and I’- korean movie.. the baby is so cute =)
14.What are you proud of?
do i have anything to be proud of? hmm,still thinking.. :-?
15.What does the oldest text msg in your inbox say?
faz-> kuharap Allah akan memegangmu erat, malaikat2 akan m’jagamu ketat..tidak hanya m’jagamu baik2, tp spy kamu dptkn yg TRBAIK dlm hidup!! (“,)     [19 August 07]
16.What was the last song you sang out loud?
ntahla..byk sgt sampai x ingat..huhu
17.Do you have any nicknames?
esah.. ecah.. akak.. shah
18.What does the newest text say?
Didi-> Alhamdulillah. Dah rs sdp ati ckit. =) Kt pn xde trasa hati ngn awk. ok nite2. Wassalam.  [6 January 09]
19.What time did you go to bed last night?
About 1 am kot..
20.Are you currently happy?
in the middle.. just feel content with my life now
21.Who gives you the best advise?
Ukhti fillah.. sometimes my family
22.Do you eat whipped cream straight from the can?
No.. (what sort of question is this anyway?)
23.Who did you talk on the phone last night?
No one..
24.Is something bugging you now?
yes..
25.Who was the last person to make you laugh?
Sophie Kinsella in her Shopaholic novel

8 Orang Yang Kena Tagged:
Ecah, Didi, Wani Kedah, Wanie vic n anyone who wants to do it.. =)

Permalink Leave a Comment

Selamatkan PALESTINE~

Tuesday, January 6, 2009 at 9:50 am01 (Uncategorized) (, , )

~Bismillahirrahmanirrahim~

save palestine

[Petikan artikel dari http://ismaweb.net/v2/Article790.html]

“Penyembelihan besar-besaran terbaru di Gaza berlaku selepas tamatnya genjatan senjata yg berlangsung selama 6 bulan sejak 19 Jun 2008.  Serangan ini berlaku pada Sabtu 27 Disember 2008, 24 jam selepas lawatan menteri luar Israel, Tzipi Livni ke Kaherah, Mesir dalam pertemuannya dengan Presiden dan pegawai atasan Mesir. Dalam ucapan rasminya di hadapan media, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan HAMAS. Di situlah pengisytiharaan perang berlaku.

24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza. Pada Sabtu 27 Disember, tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara dan memobilisasikan tentera daratnya beserta kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Tidak cukup dengan itu, negara pengganas itu telah mengerahkan 6,500 tentera simpanannya untuk bersiap sedia di sempadan Gaza. Serangan udara tersebut dimulakan pada tengah hari Sabtu, sebaik sahaja waktu anak-anak pulang dari sekolah. Sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lagi 1650 orang; bahkan mereka membunuh 150 orang dalam masa kurang dari setengah jam. Ini adalah serangan udara paling berdarah yang pernah dilancarkan dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Antara yang terbunuh dan cedera bukanlah semata-mata pejuang-pejuang dan pasukan keselamatan Palestin, bahkan rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, serta bayi berusia 14 bulan. Antara yang terbunuh juga adalah Tawfik Jabr, komander polis Palestin serta Ahmed Ashur, gabenor daerah tengah Gaza. Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”

Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa. Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan. Pihak hospital menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan Israel untuk menghentikan serangan serta penggunaan senjata haramnya.

Dalam masa 2 hari, Israel telah menjatuhkan lebih 100 tan peluru berpandu menggunakan pesawat F-16. Mereka telah membedil pusat-pusat keselamatan HAMAS, kawasan kediaman umum di seluruh Gaza, ibupejabat stesen televisyen Al-Aqsa TV, kabel-kabel elektrik, bengkel-bengkel dan kilang-kilang. Israel berjaya meranapkan 40 terowong rahsia yang digunakan rakyat Gaza untuk membawa masuk bekalan keperluan harian serta senjata. Pesawat Israel turut menghancurkan sebuah masjid di Gaza City berhampiran Hospital Shifa’, di mana ketika itu ramai ahli keluarga pesakit sedang berlindung. Bahkan Hospital Shifa’ turut mengalami banyak kerosakan material. Tentera Israel turut mengebom Universiti Islam Gaza serta bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi kubu kuat HAMAS. Israel juga mengebom sebuah pelabuhan perikanan untuk melumpuhkan salah satu sumber rezeki utama Gaza. Sebagai penghinaan tambahan, Israel juga mengebom sebuah penjara di Gaza, menyebabkan ramai penjenayah-penjenayah melarikan diri dari pusat tahanan tersebut.

Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.”

♦ • ♦

SUARA IKHWANUL MUSLIMIN

[ Selamatkan Palestin & ISLAM ]~

* LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH! takbir ..ALLAHU AKBAR~
Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwalak kepadanya (Walak = tempat kecintaan, rujukan dsb.)

* Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21).

* “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

* Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)”.

* Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

* Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

sambungannya pada web ini http://halaqah-online.com/v2/

♦ •  ♦

p/s : Sama2 tingkatkan dlm berdoa (Qunut Nazilah)..Smg kemenangan milik ISLAM …Ihzimhum, fansurna ‘alal qaumil kafirin,YA ALLAH.

wslm~

Permalink 1 Comment